Source : Noorazimah Taharim
Tanggal
Isnin 25 Ogos, 2014, Pak Tam, Mak Tam dan Malik Yusof berpakat nak melawat Ipoh
Fig Farm untuk berjumpa Madam Young Yong dan Mr Poh. Sungguh teruja melihat
pertumbuhan pokok tin di greenhouse mereka. Jenis tin yang ditanam adalah
Improved Brown Turkey yang dibawa masuk daripada Australia. Buahnya berwarna
merah tua apabila cukup masak, dan ada juga yang kurang merahnya. Apabila
dipetik pada tahap 90% ranum, memang manis dan sedap, seperti yang Madam Yong
kata kepada MaK Tam. Terima kasih Madam Yong dan Mr Poh atas layanan yang baik
sekali. Kami sangat menghargai perkongsian ilmu dan pengalaman mengenai
penanaman tin.
No comments:
Post a Comment