Source : Figs Malaysia
Setelah kerjasama dengan Pomona Botanical Conservatory termeterai pada Disember lalu,kami mengorak langkah ke tahap yang lebih dinamik dengan mengadakan kerjasama penyelidikan terhadap varitas varitas natif di beberapa daerah selatan Eropah.
Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti varitas yang di jangka atau dianggap sesuai di tanam di kawasan "Tropic" iaitu di Asia tenggara, ini adalah kerana kedudukan selatan Eropah yang beriklim kan Mediteranian dan sub Mediteranian hampir mempunyai persamaan iklim di sebahagian Asia tenggara.
Hari ini juga saya berpeluang bertemu dengan beberapa pakar botanis yang juga membuat kajian berbagai tumbuhan dari "Tropic", ianya adalah di Pusat Konservasi Botanical di Palermo, Sicily, Amat menakjubkan apabila saya diberitahu bahawa keluarga Ficus atau Ara adalah varitas utama kajian di pusat ini.
Kami sempat merakamkan pohon ara yang berumur antara 170-200 tahun, kami amat bertuah kerana dapat berbincang dan bertukar maklumat dengan Pengarah Pusat Botanical ini, iaitu Francesco M.Raimondo dan Dr Paolo Belloni. Mudah mudahan segala input maklumat ini dapat dimanfaatkan untuk kami di tanahair kelak!!
No comments:
Post a Comment