How To Root Fig Tree Cuttings - Grow a Fig Tree


How To Root Fig Tree Cuttings Easy Way

How To Root Fig Tree Cuttings Easy Way

How To Root Fig Tree Cuttings Easy Way

How To Root Fig Tree Cuttings Easy Way

How To Root Fig Tree Cuttings Easy Way

Source : Figs Malaysia

Salam semua, ini adalah satu methode atau kaedah yang saya ingin kongsi,terutama bagi mereka yang ingin mencuba tanaman benih secara keratan. Alhamdulillah 95% hidup dan segar!

Ciri ciri untuk kaedah keratan;

-batang mestilah di pilih diantara yang cukup matang tetapi bukan terlalu tua ,batang 'dormant'tidak produktif atau terlalu muda

-menggunakan sekurang kurang dua mata tunas tetapi tiga adalah terbaik

-direndam 30 minit dengan solusi B1 dan previcur anti kulat

-dikeringkan dan di simpan dalam plastik kedap angin selama 2-4 hari sehingga kelihatan mata akar berwarna putih

Tanam dengan mengunakan campuran peat moss 50% sekam padi hitam 30% perlite 10%dan top soil yang telah di jemur 10% dan sedikit baja organik seperti serbuk tahi ayam yang telah diprosess

-apabila di tanam keratan, hujung keratan mestilah di tutup dengan farming dressing atau paste yang menutup potongan bongsai

-disiram air yang dicampur B1 dan previcur sehingga basah sepenuhnya, tetapi tak perlu di siram selama seminggu atau sehingga ia kering baru disiram semula

-prosess untuk tumbuh dan bercambah tunas baru tidak memerlukan air yang banyak, biarkan ia lembab dan kering ia akan hidup lebih segar dan cepat pertumbuhan nya

Jika air berlebihan pokok akan layu dan akar mereput di sebabkan akarnya lemas

Kalau lihat pada gambar kebanyakkan akar akan cuba menjalar keatas permukaan untuk mendapat udara.
-Perlite memainkan peranan sebagai ventelasi udara.

Selamat mencuba,kita berusaha Allah jua penentunya.........

Gambar adalah keratan berumur hampir 3 minggu, menunggu untuk di pindah ke polybag, kebetulan saudara Ridzuan Abdullah Abdullah dapat melihat pertumbuhan kaedah ini untuk dikongsi bersama.


No comments:

Post a Comment