Texas Blue Giant Figs


Texas Blue Giant Figs

Texas Blue Giant Figs

Texas Blue Giant Figs

Texas Blue Giant Figs

Source : Figs Malaysia

Perhatian, Setelah dikaji selidik oleh pakar dari Eropah melalui ujian DNA buah dan semakan pohon dan daun,yang telah saya hantarkan contoh didapati varitas yang di usahakan oleh Madam Young Yong dari Bercham Ipoh adalah dari varitas keluarga BLUE GIANT dan identikal terdekatnya adalah Texas Blue Giant.

Dimana buah nya produktif dan menghasilkan saiz buah yang agak besar, jika keadaan cukup panas dan kering buah akan menukar warna ke merah kehitaman dan hitam keungguan atau kebiruan, Buahnya mempunyai berbagai bentuk seperti bulat, lonjong ( sedikit panjang) dan leper bulat ( flat round) bagi daun nya pula ada persamaan dan perbedaan ini adalah kerana keadaan 'geographical factor' atau persekitaran dan cuaca.

Varitas ini memerlukan pemacantas dahan yang kerap (prunning) kerana tiap tunas baru akan mengeluarkan buah yang banyak dan lebih besar dan baik dan sebaiknya ia ditanam didalam Rumah pelindung hujan.

Saya telah pun berhubung Madam Young Yong tentang perkembangan ini dan timbal balas beliau memang varitas ini mempunyai sifat sifat yang dinyatakan tadi.


No comments:

Post a Comment