PRETA DE PORTUGAL Figs


PRETA DE PORTUGAL Figs

PRETA DE PORTUGAL Figs

PRETA DE PORTUGAL Figs
Source : Fig Malaysia

Ini adalah PRETA DE PORTUGAL, mempunyai saiz buah yang besar dan tahap kemanisan yang sangat sangat tinggi berbanding varieti yang lain dari Portugal didalam simpanan kami.

Textur isi yang penuh dan mempunyai aroma buah yang menarik.Kami percaya ia sangat sangat sesuai untuk dijadikan varieti produksi buah kerana produktifnya, ketahanan buah nya dan saiz serta kemanisannya.

Fenomena semasa yang kami hadapi adalah sebahagian varieti ini tidak menghasilkan buah sepertimana dari asal natif nya, sepatutnya Preta bermaksud Hitam tetapi ia tidak menjadi Hitam ( mungkin kena tunggu pohon matang lagi) seperkara lagi semasa saya di Portugal untuk mendapat kan varieti ini,tagging nya adalah BERBERA PRETA tetapi apabila saya merujuk beberapa pakar dan website ternyata terlalu berbeza.

Maka saya menghubungi semula sahabat saya di Portugal lalu beliau menyarankan sementara ini menggunakan tagging PRETA DE PORTUGAL sehingga kami mendapat kepastian sebenarnya atau buah ini berubah kelak, sevab ini adalah buah pertama meranum !!!!


No comments:

Post a Comment