Source : Figs Malaysia
Bagi mendapat maklumat yang lebih tepat dan "constructive" iaitu yang lebih membina dalam penanaman buah tin didalam Rumah pelindung hujan maka kami telah mula menjangkau kajian serta penyelidikan ketahap yang mencabar dimana pohon pohon yang telah berumur lebih setahun setengah atau lebih di cantas dahan dahan nya atau "prunning.Pandangan kami adalah amat penting untuk mengetahui akan perkembangan serta impak dalam process "total prunning". Kami ingin mengumpulkan data data berikut;
- apabila prunning dilakukan apakah jangka waktu ketumbesaran tunas sehingga berdaun matang
- jangka waktu penghasilan buah selepas prunning
- produktiviti pembuahan ( yield )
- struktur buah adakah lebih besar dan lebih baik
- mengkaji kesesuaian waktu untuk melakukan "total prunning"
- mengkaji "new approach" dalam pembajaan agar ia dapat menjana hasil yang optimum
Walaupun pokok pokok kami masih sihat dan masih mengeluarkan hasil tetapi demi mencapai maklamat penyelidikan dan untuk menentukan industri tanaman tin ini berdaya maju, kami mesti melakukan prosess ini ,tiap tiap kejayaan mesti ada pengorbanan maka kami potong semua pokok kami ke paras satu kaki dari tanah bagi membolehkan anak anak tunas ini hidup atau bertunas sekata, mudah mudahan kami dapat mengumpul maklumat yang lebih tepat dan bermenafaat untuk semua kelak !!!!
No comments:
Post a Comment