Story of variety Ponte Tresa Figs









Source : Fig Malaysia

Alhamdulillah !! Akhirnya dapat juga saya melihat sendiri pohon yang amat terkenal seluruh dunia ketika ini,iaitu yang dinamakan varitas Ponte Tresa ,saya amat bernasib baik kerana sahabat saya Mr Bario memperkenalkan saya dengan tuan tanah, lalu meminta kebenaran melihat laman tepi tasek dimana pohon ini di tanam.

Saya difahamkan kebanyakan mereka mengambil atau memotong tanpa kebenaran keratan pohon ini melalui tepi jalan, ini menyebabkan cabang cabang pucuk pokok habis gondol (stripped bare). Saya difahamkan pohon yang berumur lebih kurang 50 tahun ini adalah satu satunya varitas yang dipanggil Ponte Tresa yang berada dikawasan tersebut, nama sebenar tidak diketahui lalu mereka menamakan sempena nama tempat asal pohon ini ditanam.

Semenjak pokok menjadi tumpuan ramai dari seluruh dunia maka Tuan tanah tidak membenarkan untuk memasuki kawasan laman sebelah bawah kerana disini merupakan bengkel pertukangan seni (art workshop) tuan tanah.

Sekali lagi saya bersyukur kehadrat Illahi sangat sangat bukan saja dapat melawat masuk ke laman peribadi ini malah di beri kebenaran untuk mendapatkan sedikit keratan Ponte Tresa yang tidak ternilai !

Terima kasih kepada sahabat saya Mr Mario atas kesungguhan beliau membantu saya dalam memenuhi impian saya untuk melihat, mengenali dan memiliki varitas ini,saya juga di beritahu akan keunikan varitas ini dimana ia amat produktif (common fig)buah berwarna hijau dan textur isi berwarna merah gelap atau unggu. Harapan saya ia dapat hidup subur di tanah air. In Shaa Allah!!!

Sebenarnya kami juga dalam rencana membuat kajian serta perincian mengenai varitas yang unik ini, kerana ia mempunyai hampir kesamaan dengan beberapa varitas dari Italy dan Peranchis. Dari Italy sinonim nya adalah A Sangue, dan dari Peranchis adalah Joualle Rouge.

Separuh kolektor mengatakan ia sinonim tetapi beberapa pakar yang saya hubungi mengatakan bahawa ia adalah berlainan dari segi rasa ,struktur dan warna isi buah. Saya difahamkan juga yang menjadi kegilaan mereka(para kolektor Eropah dan USA) adalah kerana keunikan warna textur isi, saiz buah,produktiviti,dan ketahanan pada musim panas dan paling sejuk(hardy resistant) iaitu sehingga bawah sifar celsius.

Saya juga difahamkan bahawa ia tidak memerlukan polinasi dimana kawasan ini terlalu dingin dan tidak mempunyai Blastophaga wasp.Ia juga dikatakan sangat sangat sesuai di kawasan panas tropika. Walaubagaimana pun kita sama sama lihat nanti akan perkembangan ketumbesaran di tanahair kelak!


No comments:

Post a Comment